Sunday, August 29, 2010

Agar-agar Koko

Agar-agar berbuka puasa pada hari Sabtu. Anak-anak menginginkan kuih manis maka terdoronglah saya memasak agar-agar koko ni. Tiada acuan cantik hanya guna loyang tapi rasanya Alhamdulillah rasa cokelat. Cokelat amat disukai oleh kebanyakan kanak-kanak dan sesetengah orang dewasa. Resipi saya cipta sendiri kalau kurang memuaskan jangan marah ya.

Bahan-bahannya:-
Agar-agar kering 20gm
Air 1 liter
Susu cair 200 ml
Susu pekat manis 200 ml
Serbuk koko 40 gm
Gula pasir 400 gm
Minyak jagung 3 camca besar

Cara memasaknya:-
Agar-agar kering direndam selama satu jam supaya boleh larut. Masak serbuk koko, susu cair, susu pekat manis dan minyak jagung berasingan sehingga separuh didih sahaja. Biarkan sebentar dan masak agar-agar yang telah cukup direndam dengan satu liter air. Apabila agar-agar sudah larut atau sebati dengan air sepenuhnya masukkan gula dan kacau lagi hingga gula larut. Kemudian barulah dimasukkan bancuhan koko tadi dan kacau hingga campuran sebati dan mendidih. Setelah agar-agar cukup mendidih tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Enak dimakan agar-agar dingin begitu saja atau dengan whipped cream atau aiskrim vanilla dan buah campuran (fruit cocktail). Selamat mencuba.

1 comment:

  1. salam tuan tanah.... :)

    wahhhhh sedapnye agar2...
    simpan seketul ye.. nak wat juadah tuk berbuka nanti.. :) :) i likeeee coklat.. hehehehe

    ReplyDelete