Tuesday, September 28, 2010

Sup Tulang


Sup tulang sempoi...

Tulang direbus hingga dagingnya empuk. Bila nak makan tabur daun sup, lada sulah, garam halus dan serbuk perasa jika suka....dah jadi. Boleh dimakan begitu saja atau dengan nasi beserta cili api potong berkicap... Bagi peminat sup, Insya Allah anda akan suka.

Sunday, August 29, 2010

Agar-agar Koko

Agar-agar berbuka puasa pada hari Sabtu. Anak-anak menginginkan kuih manis maka terdoronglah saya memasak agar-agar koko ni. Tiada acuan cantik hanya guna loyang tapi rasanya Alhamdulillah rasa cokelat. Cokelat amat disukai oleh kebanyakan kanak-kanak dan sesetengah orang dewasa. Resipi saya cipta sendiri kalau kurang memuaskan jangan marah ya.

Bahan-bahannya:-
Agar-agar kering 20gm
Air 1 liter
Susu cair 200 ml
Susu pekat manis 200 ml
Serbuk koko 40 gm
Gula pasir 400 gm
Minyak jagung 3 camca besar

Cara memasaknya:-
Agar-agar kering direndam selama satu jam supaya boleh larut. Masak serbuk koko, susu cair, susu pekat manis dan minyak jagung berasingan sehingga separuh didih sahaja. Biarkan sebentar dan masak agar-agar yang telah cukup direndam dengan satu liter air. Apabila agar-agar sudah larut atau sebati dengan air sepenuhnya masukkan gula dan kacau lagi hingga gula larut. Kemudian barulah dimasukkan bancuhan koko tadi dan kacau hingga campuran sebati dan mendidih. Setelah agar-agar cukup mendidih tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Enak dimakan agar-agar dingin begitu saja atau dengan whipped cream atau aiskrim vanilla dan buah campuran (fruit cocktail). Selamat mencuba.

Thursday, August 26, 2010

Telur Pindang


Bahan-bahan herba yang diperlukan untuk merebus telur:-
Daun salam, daun kunyit
Daun serai, daun lengkuas
Kulit bawang putih
Kulit bawang merah
Beras
Garam

Cara-cara:-
Rebus semua herba dan telur dengan api perlahan selama 6 jam paling minima.

Monday, August 23, 2010

Kuih Ketayap


Kuih ketayap cetusan idea dari sahabat tersayang salah satu juadah berbuka puasa. Sebahagian berinti kelapa, sebahagian lagi berinti jem dan mentega kacang.

Bahan Lempeng:-
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
Strawberry emulco/pati pandan
Secubit garam
2 camca besar mentega dicairkan
Air secukupnya

Cara Membuat:-
Pukul telur dengan hand mixer hingga kembang. Masukkan pati pandan atau apa saja yang diminati, secubit garam dan mentega cair. Pukul hingga sebati dan masukkan tepung dengan air sedikit demi sedikit supaya adunan tidak berketul-ketul hingga cukup kelikatan untuk dilempengkan dikuali.